Sudah lama kita tak dengar berita mengenai pelakon, Diana Danielle selepas dia berkahwin dengan pelakon kacak, Farid Kamil.
Apa yang mengejutkan gambar terbaru beliau dalam majalah Esquire Malaysia telah mencetuskan kontroversi di Media Social.
Dalam majalah tersebut memperlihatkan Diana hanya memakai BRA dan berbalutkan bendera Amerika dibadannya.
Selepas dikecam teruk dimedia social terutamanya Instagram, Diana memuat naik sekeping post yang seolah olah mengecam mereka yang mengutuknya supaya jangan masuk campur dalam urusan orang lain.
Semalam heboh di media social instagram dan twitter mengenai gambar 'kandit' penyanyi yang pernah popular dengan lagu dangdut, Amelina yang tidak memakai tudung. Umum tahu, sebelum ini Amelina dikatakan sudah bertudung selepas menyepi dari dunia seni apabila berkahwin.
Pelbagai spekulasi timbul mengenai statusnya bertudung atau tidak. Artikel ini dipetik dari BH selepas mereka menghubungi Maya sendiri untuk mendapatkan penjelasan lanjut.
"Kami selalu berhubungan. Nak kira lama itu bolehlah juga. Kiranya hubungan kami secara sekali sekala. Sesekali kami berhubung bertanya khabar. Almaklumlah nak jumpa susah dan kami masing-masing pun mempunyai komitmen tersendiri.
"Pendek kata memang susah nak jumpa. Cuma pernah suatu hari saya katakan kepadanya, kita perlu bersua juga. Alhamdulillah jadi juga pertemuan kami.
"Cuma tak sangka ada orang yang menyedari kehadiran dia ketika kami berjumpa dan mengambil gambar kandid kami.
"Saya sendiri perasan perkara itu... dan tak sangka ia menjadi topik di laman sosial," kata Maya.
Maya sempat ditanya mengenai status sebenar Amelina sama ada sudah bertudung atau tidak sebenarnya. Kata Maya, penyanyi itu belum bertudung seperti yang disangka.
"Selama ini memang orang sudah salah erti mengenai imejnya ketika
timbulnya cerita suatu ketika dulu mengenai isu rumah di Kota Kemuning,
Shah Alam. Ketika isu itu timbul, dia tak nak orang kenal dan mungkin
sebab itu juga dia mengenakan tudung.
"Tapi biasalah orang masih dapat cam wajahnya," katanya.
Maya sempat ditanya mengenai kehidupan Amelina. Umum tahu, rumah
tangga yang dibina penyanyi dangdut itu terus menjadi tanda tanya dan
rahsia. Selepas berkahwin, Amelina terus hilang daripada pandangan dunia
seni.
"Setahu saya dia gembira dengan kehidupannya. Cuma bab rumah tangga
saya tak pasti kerana selalunya kami tak cakap mengenai hal itu. Kami
banyak berkongsi memori lama mengenai dunia seni. Dia pun sebenarnya
masih mengambil tahu perihal dunia seni," katanya.
Ditanya apakah benar, Amelina bakal memeriahkan kembali dunia seni
tak lama lagi, Maya memberitahu perkara itu berkemungkinan besar akan
menjadi kenyataan.
Selepas memberanikan diri mengkritik drama di Malaysia tidak sehebat sinetron di Indonesia, Julia Perez tidak senang duduk apabila 'diserang' oleh Pengerusi Seniman Malaysia, Zed Zaidi di Twitter.
Zed Zaidi yang ingin mempertahankan maruah industri seni Malaysia daripada dikutuk sedemikian telah menyelar Julia dengan kata-kata pedas di twitternya.
Dibawah adalah SS percakaran Zed dan Julia yang menimbulkan kontroversi panas pada minggu ini.
Kontroversi bukat takat tu saja, Julia cuba mempolitikkan percakaran antara dia dengan artis Zed.
" semua ahli politik Malaysia yang berada di Indonesia juga harus keluar dari negaranya kerana telah menghina mantan presiden BJ Habibie" - Kata Julia
Aduyaii.. Baru syok kahwin, timbul pulak isu panas! terbaru, Farid Kamil digosipkan akan dipenjara 2 tahun kerana memakai pakaian seragam tanpa kebenaran.
Ini gara2 memakai baju berpangkat Mejar Jeneral lah.
FARID KAMIL dan isterinya Diana Danielle diraikan pada majlis resepsi perkahwinan ala istiadat tentera di Putrajaya pada 1 Disember lalu.
TAK habis-habis cerita pasal pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle. Pasangan yang berkahwin pada 3 November lalu itu membuatkan ramai pembaca Diva mengangkat kening selepas Diana membocorkan rahsia di laman Instagram bahawa dia hamil dua minggu hanya selepas 16 hari berkongsi katil. Diva tak tau nak kata apa, bersangka baik sahaja. Ini pula kisah terbaharu yang Diva dapat sumber terdekat.
Dengarnya, orang tentera sedang mempertimbangkan untuk mengheret Farid ke mahkamah atas kesalahan kerana memakai pakaian tentera. Kali ini bukan sahaja Diana yang pening, Farid pun boleh jadi loya.
Kata sumber Diva, Seksyen 140 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara selama dua tahun jika memakai pakaian tentera dan Seksyen 170 memperuntukkan penjara tiga bulan bagi kesalahan menyamar sebagai anggota tentera. Diva pun pucat bila dapat tahu mereka nak heret Farid atas Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana memiliki barang-barang tentera.
Sumber Diva bagi tahu, abang askar naik angin sebab Kamil pakai pangkat Mejar Jeneral. Dua paku satu mahkota, itu belum cerita pin payung terjun yang tersisip di dada sasa Farid Kamil.
Itulah Farid Kamil, awak jangan ingat pakaian seragam itu boleh ikut selera, drama Gerak Khas dapat izin khas tau - Kosmo!
Lagi gambar kahwin FK dan DD
Terdahulu, FK mendapat khabar gembira apabila DD dikatakan telah hambil selepas 16 hari bernikah.
P/s : isu ni akan senyap bila habis 2012 ;)