
“Apa perasaan anda apabila orang bertanyakan pada ibu anda yang sedang sakit, adakah anak anda kaki pukul?”
Itu antara luahan Fahrin Ahmad berhubung kenyataan Linda Onn yang dikatakan cuba memfitnah Fahrin didalam laporan dua akhbar, baru-baru ini.
Dalam muka hadapan akhbar Metro hari ini,gambar Fahrin kelihatan sedang menangis akibat dari kenyataan Linda yang mengatakan Fahrin seorang Kaki Pukul dan tidak pernah menghormati perempuan
“Ini bukan keputusan mudah dan saya ambil masa panjang untuk ambil tindakan undang-undang ini. Sebelum ini, saya hanya berdiam diri tetapi kini keadaan tidak terkawal, menyebabkan saya tertekan dari aspek psikologi dan mencalar maruah saya.

“Biarpun pada mula saya anggap perkara sebegini remeh, sebaliknya apa yang dilaporkan menerusi dua akhbar ini menjadi bukti kukuh untuk saya ambil tindakan undang-undang. Kedua-dua artikel ini mewujudkan keraguan yang menjurus persoalan saya berperangai macam itu"
Fahrin yang hadir bersama peguamnya Tengku Naufal & Co memberikan tempoh 7 hari kepada Linda untuk memohon maaf secara terbuka,penarikan balik kenyataan penyampai radio itu terhadap Fahrin yang dibuat sebelum ini, surat aku janji secara bertulis agar dia tidak mengulangi perbuatan itu dan surat tuntutan ganti rugi.
P/s : Buat Linda Onn,kalau betul la u ada buat fitnah dekat Fahrin cepat-cepat la minta maaf.Rasanya u pun sudah tau dosa memfitnah tu lebih besar dari membunuh!Setle cara elok lebih baik dari bermusuh

Dah makin tegang nampaknya kontroversi pelakon Fahrin Ahmad dan bekas kekasihnya Scha Al-Yahya.
Disebalik suasana "happening" dan "tarak pa2" gandingan Fahrin dan Scha dalam Sehati Berdansa,timbul tanda tanya adakah hubungan mereka akan kembali seperti dulu?ataupun sekadar tinggal kenangan saja?
"Saya mengaku bekerja dengan bekas kekasih bukannya senang. Masalah kami bermula sebelum SB3 lagi. Kalau nak fikirkan mengenai daya kekuatan saya sebagai manusia, memang saya tak sanggup nak bekerjasama".
Apa yang kita lihat dalam (SB) sebenarnya berbeza sungguh dengan watak mereka ketika habis set pengambaran (SB).Mungkin masing2 ego kot ataupun tidak mahu langsung ada apa2 hubungan selepas berpisah.
"Selagi penonton tak nampak realiti kami yang sebenar dan tertipu dengan apa yang ditonton, kiranya kami berjaya. Hakikatnya, di luar set, kami langsung tidak bercakap".
Fahrin yang ditanya punca perpisahan mereka disebabkan orang ketiga iaitu Awal Asshari.Ini komen Fahrin
"Saya tak mahu cakap apa-apa. Awak siasatlah sendiri." (cara jawab ni macam tengah bengang ja Fahrin)
Diharapkan kontroversi 3 selebriti ni dapat diselesaikan dengan baik lah.Tak syok kalau ada yang masam muka dan tidak bercakap pulak nanti.
Buat Scha dan Awal,kalu betul la anda berdua bercinta,tahniah kami semua ucapkan!jangan sekerat jalan sudah!

Selepas kita semua dikejutkan dengan berita berpisahnya Fahrin Ahmad dan Scha Al-Yahya,kini muncul tanda tanya sama ada Linda akan kembali menjalinkan hubungan cinta bersama fahrin.
Seperti mana yang rakyat malaysia semua sudah tau,selepas Linda Onn berpisah dengan Fahrin,Scha muncul sebagai pengganti Linda dalam mengisi kekosongan didalam hati Fahrin.Tetapi apakan daya,jodoh mereka tak tahan lama apabila Scha sendiri mengakui dia dan Fahrin sudah berpisah selepas mereka digandingkan bersama didalam rancangan Sehanti Berdansa.
Dalam berita yang dipetik dalam paper Kosmo hari ni,Linda berkata walaupun Fahrin dan Scha sudah berpisah,dia tetap dengan pendiriannya tidak mahu menjalinkan hubungan cinta semula dengan Fahrin kerana baginya hidup sebagai solo lebih baik dari berkaple.Ramai juga peminat yang bersetuju jika Fahrin dan Linda kembali kaple,tetapi apakan daya Kak Linda kita nih mempunyai prinsip dan pendirian hidup yang utuh.
"Semasa kami bersama, ramai yang bertanya mengapa kami rapat? Macam-macam orang cakap. Apabila kami berpisah pula, orang mula tanya mengapa kami hendak berpisah?
"Kini apabila Fahrin dan Scha berpisah, orang suruh kami kembali bersama. Jadi orang akan terus bercakap walau apa pun yang terjadi.
"Saya tidak boleh memuaskan semua orang dan tidak dapat menghalang mereka daripada terus bercakap,"

"Jodoh tak perlu dicari, ia akan datang sendiri. Buat masa sekarang, saya perlu benar-benar fokus kepada kerja dan bisnes selain menjalani kehidupan seperti biasa, macam wanita lain.
"Saya tidak mempunyai masalah kalau ada lelaki ingin mendekati saya. Sekarang ini, saya tidak kisah untuk berkawan dengan siapa kerana apa yang penting adalah hati budi lelaki itu,"Itu antara luahan Linda yang dipetik dalam paper kosmo.
P/s :Buat jejaka2 diluar sana tu,jangan dok tunggu lagi dah,Linda skang dah solo.Try la tengok adjust2 Linda mana tau kot2 nanti dia setuju nak kawen ka,boleh arr korang duduk umah banglo.Syokk woo!! :)

Ada ura2 virus bertiup kencang mengenai pelakon jelita yang berbakat besar iaitu Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya,26, dengan seorang jejaka tampan iaitu Fahrin Ahmad kononya Fahrin ada merisik Scha.
Menurut sumber,Scha sekadar tertawa panjang mengaitkan empunya diri dirisik oleh fahrin.Seperti yang kita semua tahu,Scha terkenal dengan sifat peribadinya yang suka berterus terang tanpa berselindung.
"Kalau saya ada buat sebarang majlis maka sudah tentulah saya akan cakap. Banyak pihak media yang mengetahui sikap saya yang gemar bercakap benar.Setakat ini memang tiada apa-apa yang disembunyikan termasuk gosip yang berkaitan saya dirisik oleh Fahrin,".Sumber dari akhbar Kosmo
Kalau dah jodoh tu tak ke mana juga kan? hope hubungan Fahrin dan Scha akan terus kekal sehingga ke jinjang pelamin.Amin!
note : suka dengan lakonan Scha dalam drama Awan Dania dengan watak ala2 tomboi :)