
“Apa perasaan anda apabila orang bertanyakan pada ibu anda yang sedang sakit, adakah anak anda kaki pukul?”
Itu antara luahan Fahrin Ahmad berhubung kenyataan Linda Onn yang dikatakan cuba memfitnah Fahrin didalam laporan dua akhbar, baru-baru ini.
Dalam muka hadapan akhbar Metro hari ini,gambar Fahrin kelihatan sedang menangis akibat dari kenyataan Linda yang mengatakan Fahrin seorang Kaki Pukul dan tidak pernah menghormati perempuan
“Ini bukan keputusan mudah dan saya ambil masa panjang untuk ambil tindakan undang-undang ini. Sebelum ini, saya hanya berdiam diri tetapi kini keadaan tidak terkawal, menyebabkan saya tertekan dari aspek psikologi dan mencalar maruah saya.

“Biarpun pada mula saya anggap perkara sebegini remeh, sebaliknya apa yang dilaporkan menerusi dua akhbar ini menjadi bukti kukuh untuk saya ambil tindakan undang-undang. Kedua-dua artikel ini mewujudkan keraguan yang menjurus persoalan saya berperangai macam itu"
Fahrin yang hadir bersama peguamnya Tengku Naufal & Co memberikan tempoh 7 hari kepada Linda untuk memohon maaf secara terbuka,penarikan balik kenyataan penyampai radio itu terhadap Fahrin yang dibuat sebelum ini, surat aku janji secara bertulis agar dia tidak mengulangi perbuatan itu dan surat tuntutan ganti rugi.
P/s : Buat Linda Onn,kalau betul la u ada buat fitnah dekat Fahrin cepat-cepat la minta maaf.Rasanya u pun sudah tau dosa memfitnah tu lebih besar dari membunuh!Setle cara elok lebih baik dari bermusuh

Selepas kita semua dikejutkan dengan berita berpisahnya Fahrin Ahmad dan Scha Al-Yahya,kini muncul tanda tanya sama ada Linda akan kembali menjalinkan hubungan cinta bersama fahrin.
Seperti mana yang rakyat malaysia semua sudah tau,selepas Linda Onn berpisah dengan Fahrin,Scha muncul sebagai pengganti Linda dalam mengisi kekosongan didalam hati Fahrin.Tetapi apakan daya,jodoh mereka tak tahan lama apabila Scha sendiri mengakui dia dan Fahrin sudah berpisah selepas mereka digandingkan bersama didalam rancangan Sehanti Berdansa.
Dalam berita yang dipetik dalam paper Kosmo hari ni,Linda berkata walaupun Fahrin dan Scha sudah berpisah,dia tetap dengan pendiriannya tidak mahu menjalinkan hubungan cinta semula dengan Fahrin kerana baginya hidup sebagai solo lebih baik dari berkaple.Ramai juga peminat yang bersetuju jika Fahrin dan Linda kembali kaple,tetapi apakan daya Kak Linda kita nih mempunyai prinsip dan pendirian hidup yang utuh.
"Semasa kami bersama, ramai yang bertanya mengapa kami rapat? Macam-macam orang cakap. Apabila kami berpisah pula, orang mula tanya mengapa kami hendak berpisah?
"Kini apabila Fahrin dan Scha berpisah, orang suruh kami kembali bersama. Jadi orang akan terus bercakap walau apa pun yang terjadi.
"Saya tidak boleh memuaskan semua orang dan tidak dapat menghalang mereka daripada terus bercakap,"

"Jodoh tak perlu dicari, ia akan datang sendiri. Buat masa sekarang, saya perlu benar-benar fokus kepada kerja dan bisnes selain menjalani kehidupan seperti biasa, macam wanita lain.
"Saya tidak mempunyai masalah kalau ada lelaki ingin mendekati saya. Sekarang ini, saya tidak kisah untuk berkawan dengan siapa kerana apa yang penting adalah hati budi lelaki itu,"Itu antara luahan Linda yang dipetik dalam paper kosmo.
P/s :Buat jejaka2 diluar sana tu,jangan dok tunggu lagi dah,Linda skang dah solo.Try la tengok adjust2 Linda mana tau kot2 nanti dia setuju nak kawen ka,boleh arr korang duduk umah banglo.Syokk woo!! :)

Bekas penyampai radio Era FM yang kini merupakan DJ radio Sinar FM,Linda Onn menerima perkhabaran yang kurang "enak" didengar apabila dia diberitahu bukan lagi pengacara Sehati Berdansa musim ke-3 bersama bekas kekasihnya,Fahrin Ahmad.
Menurut cerita Linda,dia menerima berita itu melalui telefon oleh penerbitnya sendiri Norazian Mohd Zahir kira-kira seminggu yang lalu.
Linda yang ditamatkan kontraknya bersama SB digantikan dengan pelakon muda berbakat besar,Scha dengan Fahrin Ahmad
Linda menerima keputusan itu sebagai takdir dan bukan rezekinya lagi.Tidak ada kena mengena masalah dengan fahrin atau sebaliknya.
Mungkin penerbit Sehati berdansa mahukan muka baru dalam program itu dan sebab itu linda digantikan dengan orang lain.Kita sebagai yang menyokong jangan la dok fikir yang bukan2 pulak yer..
Sentiasalah berfikiran positif barulah kontroversi2 kecil tak diperbesarkan oleh sesetengah pihak yang dok tunggu masa saja nak "tikam"! :)