Showing posts with label Scha Al-Yahya. Show all posts
Showing posts with label Scha Al-Yahya. Show all posts

KUALA LUMPUR - Lima artis adalah antara 361 pengunjung pusat hiburan eksklusif Rootz Club di pusat beli-belah Lot 10 di Jalan Bukit Bintang di sini yang terkedu apabila premis tersebut diserbu secara tiba-tiba oleh polis semalam.
Itu antara petikan didalam akhbar Kosmo!kelmarin berhubung dengan 5 artis yang ditangkap didalam club malam di BB.
Dalam laporan akhbar Kosmo semalam mendedahkan siapa selebriti tersebut.Tapi tiada pengakuan benar antara mereka.Hari ini terjawab sudah semua persoalan itu!

PUTRAJAYA - Dua selebriti yang ditahan di Rootz Club, Jalan Bukit Bintang, pada malam Krismas lalu, Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya atau Scha, 26, dan Ahmad Awaluddin Shaari atau Awal, 28, mengaku mengunjungi kelab malam tersebut.
Terbukti sudah apa yang dok selindung tu.Ohh nak sembunyi yer.Akhirnya kantoi jugak disitu!Diorang ni minum arak ke?
"Saya tidak mabuk. Sebenarnya saya berjanji dengan seorang teman yang baru datang dari Melbourne, Stephanie di restoran sebelah kelab Rootz untuk meraikan parti hari jadi tetapi kerana saya lewat kami telah pergi ke kelab tersebut, baru setengah jam berada di situ, kelab tersebut diserbu".
Lah!kaver line nampak Awal.aku pun tak pasti sama ada diorang ni minum arak or tidak.Hanya tuhan saja yang tau!
P/s : Dok terfikir gak kemungkinan Awal & Scha ni kaple.Saja ja diorang ni buat low profile boleh.hohoho

Selepas Fahrin tampil bagai mahu membongkar 'rahsia sebenar' cinta mereka kepada media berhubung dengan kisah perpisahan dia dan Scha disebabkan orang ketiga (Awal Ashaari),hari ini Scha tampil seperti mahu membalas dendam kepada Fahrin.
Scha dengan lagak ala ala tak puas hati dengan kenyataan fahrin kerana dituduh menjalinkan hubungan cinta dengan Awal melalui 'tweet' di Twitter telah menulis beberapa nota ringkas di wall facebooknya yang berbunyi seperti berikut
Seperti biasa, its been an okay week for me. But today, i'm very upset. Yes as a public figure and a well known person, there's price i have to pay. But kadang-kadang kan lebih baik kalau semua faham yang saya ni pun manusia...
Kita ada fundamentall beliefs. Masing-masing ada pendapat dan cara tersendiri. So far, Alhamdulillah, saya cuba entertain semua fans yang nak amik gambar dan sebagainya. But bila saya buat mcm tu, ada suara-suara sumbang, oh dia dulu mcm tu lah, sekarang mcm tak nak layanlah. Pernah tak terfikir yg kami ni semua manusia, ada rasa penat, rasa marah etc. pernah tak?
Gambar skodeng merata-rata. Kat mana etika? Be civilised. Tak sangka sampai mcm tu sekali orang sanggup buat. Semata-mata nak dapatkan HIT tinggi, visitor ramai, iklan banyak dalam blog masing-masing?
Terlalu banyak spekulasi, banyak benda yang diteka, banyak benda yg simple dibesarkan tanpa usul periksa. Soalan-soalan yang tak perlu, melaga-lagakan orang. apa tu? Untuk ratings? I mite be doing a risky move by voicing out what i feel but at least, im being honest.
Cinta 3 segi. Apa tu? God knows and i have proof that the reason why we broke up is because something else. Bukan sebab pihak ketiga. Please, get it cleared and no more after this. Tak payah pandai-pandai nak bercakap and spread VIRUS ni.
Twitter. I tweet, kalau i approve request, ada pulak yang tak bertanggungjawab buat benda bukan-bukan. Taruk dalam blog, scoop sana scoop sini. Lumrah, itulah yang Internet buat. Bila kita nak lebih dekat dengan peminat, ada pulak yg mencacatkan niat tu.
Saya akan bercakap bila perlu, berkongsi bila sampai masa. Sekurang-kurangnya saya bukan bertopeng.

Dah makin tegang nampaknya kontroversi pelakon Fahrin Ahmad dan bekas kekasihnya Scha Al-Yahya.
Disebalik suasana "happening" dan "tarak pa2" gandingan Fahrin dan Scha dalam Sehati Berdansa,timbul tanda tanya adakah hubungan mereka akan kembali seperti dulu?ataupun sekadar tinggal kenangan saja?
"Saya mengaku bekerja dengan bekas kekasih bukannya senang. Masalah kami bermula sebelum SB3 lagi. Kalau nak fikirkan mengenai daya kekuatan saya sebagai manusia, memang saya tak sanggup nak bekerjasama".
Apa yang kita lihat dalam (SB) sebenarnya berbeza sungguh dengan watak mereka ketika habis set pengambaran (SB).Mungkin masing2 ego kot ataupun tidak mahu langsung ada apa2 hubungan selepas berpisah.
"Selagi penonton tak nampak realiti kami yang sebenar dan tertipu dengan apa yang ditonton, kiranya kami berjaya. Hakikatnya, di luar set, kami langsung tidak bercakap".
Fahrin yang ditanya punca perpisahan mereka disebabkan orang ketiga iaitu Awal Asshari.Ini komen Fahrin
"Saya tak mahu cakap apa-apa. Awak siasatlah sendiri." (cara jawab ni macam tengah bengang ja Fahrin)
Diharapkan kontroversi 3 selebriti ni dapat diselesaikan dengan baik lah.Tak syok kalau ada yang masam muka dan tidak bercakap pulak nanti.
Buat Scha dan Awal,kalu betul la anda berdua bercinta,tahniah kami semua ucapkan!jangan sekerat jalan sudah!

Ada ura2 virus bertiup kencang mengenai pelakon jelita yang berbakat besar iaitu Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya,26, dengan seorang jejaka tampan iaitu Fahrin Ahmad kononya Fahrin ada merisik Scha.
Menurut sumber,Scha sekadar tertawa panjang mengaitkan empunya diri dirisik oleh fahrin.Seperti yang kita semua tahu,Scha terkenal dengan sifat peribadinya yang suka berterus terang tanpa berselindung.
"Kalau saya ada buat sebarang majlis maka sudah tentulah saya akan cakap. Banyak pihak media yang mengetahui sikap saya yang gemar bercakap benar.Setakat ini memang tiada apa-apa yang disembunyikan termasuk gosip yang berkaitan saya dirisik oleh Fahrin,".Sumber dari akhbar Kosmo
Kalau dah jodoh tu tak ke mana juga kan? hope hubungan Fahrin dan Scha akan terus kekal sehingga ke jinjang pelamin.Amin!
note : suka dengan lakonan Scha dalam drama Awan Dania dengan watak ala2 tomboi :)