Aiseh..nampak gayanya gosip Dafi dan Acha bercinta nih makin hari makin panas nampak gayanya..
Sebelum ni,Acha ada buat pendedahan dia xda hubungan dengan si Dafi nih.Tapi kali ni,Dafi pula buat pengakuan dekat media yang dia dengan Acha tidak ada hubungan langsung antara mereka cukup sekadar rakan di kolej sahaja.
Dafi yang kini masih lagi menuntut tahun akhir semester di Universiti Limkokwing dalam jurusan Diploma Muzik & Bunyi manakala Acha dalam jurusan Komunikasi Massa Multimedia dan Penyiaran.
Dafi yang mula mencipta nama sebagai seorang artis dari program realiti Akademi Fantasia (AF) meletup dengan lagu Bila Terasa Rindu dan kehadirannya didalam industri muzik dimalaysia sudah mula diterima masyarakat khasnya golongan "awek2" lah sebab si Dafi ni hensem kot..hohohoho
"Saya malas ingin membesarkan cerita ini kerana dia mungkin tersalah dilaporkan oleh sesetengah pihak yang memang sengaja buat andaian.
"Terus-terang, kami tidak pernah keluar berdua. Malah kalau jumpa sekalipun, saya dan Acha bertemu di majlis-majlis hiburan".
"Tidak kisah kalau saya benar-benar bercinta dengan Acha ditambah dia ialah seorang gadis yang cantik dan berbakat besar dalam nyanyian dan lakonan.
"Tetapi memanglah saya dan Acha tidak menjalinkan cinta. Disebabkan tiada apa-apa sesama kami maka ada baiknya saya menjawab gosip ini".itu antara luahan Dafi yang dipetik didalam Akhbar Kosmo hari ini.
P/s : Alaa Dafi kalau bercinta dengan Acha pon apa salahnya..sama2 padan..bak kata peribahasa melayu kita "bagai pinang dibelah dua gitu"..hohoho..
0 comments: