Penyanyi yang popular dengan lagu Mahakaya Cinta,Faizal Tahir dilaporkan telah dimasukkan ke hospital akibat sakit dada semasa merakamkan lagu untuk album terbarunya di sebuah studio di ibu negara.
Dia dikhabarkan berada dalam keadaan stabil dan kini masih lagi diberikan rawatan di hospital.
"Sebenarnya Faizal sakit di dada pada petang Selasa lagi tetapi kesakitan itu tidak berterusan. Hanya pada waktu malam sekitar pukul 11 malam, dia mengadu sakit dada yang teruk. Jadi kami hentikan rakaman supaya Faizal boleh balik dan berehat di rumah.
"Namun begitu, keadaan bertambah teruk semasa Faizal tiba di rumah dan pada pukul 12 tengah malam, Faizal ke hospital untuk pemeriksaan. Dia kemudian ditahan oleh doktor untuk rawatan lanjut kerana muntahnya mengandungi sedikit darah," Petikan didalam akhbar Kosmo bertarikh 20 november 2009
Kami disini mendoakan supaya bro faizal cepat sembuh dan kembali semula merakamkan album terbarunya nanti
0 comments: