Selepas kontroversi rumah tangga penceramah dan bekas penyanyi rock negara,terbaru muncul pula kontroversi dimana Akhil Hayy dikecam hebat oleh Pengarah Jais, Datuk Mohamed Khusrin Munawi berhubung dengan Akhil Hayy tidak layak berceramah dan mentarbiah orang lain berdasarkan latar belakang agama yang cetek selain hanya mengharapkan populariti sebagai artis semata-mata.
Mengikut info yang dipetik dalam paper Metro hari ini,Akhil bukan sahaja tidak layak untuk menjadi penceramah,malah dia juga tidak mempunyai sebarang kelulusan berceramah dan pernah ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
“Apa yang kami ketahui, dia (Akhil) pandai bercakap seperti penceramah lain tetapi tidak memiliki latar belakang agama yang sepatutnya dimiliki seorang penceramah agama.
"Bagaimanapun, kami tidak menafikan pengaruh artis membolehkan orang ramai tertarik dan gemar hadir bagi mendengar ceramahnya yang sebelum ini tidak ketinggalan melampiaskan kata-kata sindiran terhadap orang lain,”
"Malah, katanya, selepas ditahan Jais kerana berceramah tanpa kebenaran, Jais tidak pernah menerima sebarang permohonan daripada penyanyi rock terbabit."
"Menurutnya, sepanjang pengetahuan, Akhil tidak memilik latar belakang agama walaupun pernah memberikan ceramah agama selepas meninggalkan dunia artis."
“Apa yang kami bimbang, penceramah yang tidak memiliki pengetahuan agama sepatutnya tetapi berlagak bijak berceramah yang boleh menjurus kepada mengelirukan masyarakat yang menjadi pendengar.
“Kami tidak mahu penceramah yang hanya pandai cakap tetapi tidak ada pengetahuan agama dan apa yang paling membimbangkan mereka menggunakan logik akal dalam ceramah mereka,”
"Tanpa berselindung, Mohamed Khusrin, berkata Selangor bukan tempat bagi penceramah terbabit, lebih-lebih lagi selepas masalah rumah tangga dengan bekas isterinya menjadi isu sebelum ini."
"Menurutnya, kelemahan menangani isu peribadi itu juga boleh dilihat sebagai kelemahan yang tidak sepatutnya ada bagi seorang yang mahu bergelar penceramah yang sepatutnya menjaga tata susila mereka yang memiliki ilmu agama yang syumul."
“Bagi saya, kita sudah mengetahui latar belakang agama Akhil dan sudah pasti kita tidak akan membenarkan penceramah muda (Akhil) ini mengadakan ceramah di negeri ini."
“Bukan itu saja, Akhil juga tidak pernah memohon sebarang kebenaran untuk berceramah bagi membolehkan siasatan lebih terperinci terhadap pengetahuan dan ilmu agama yang dimiliki,” Antara petikan didalam Metro bertarikh 4 Disember 2009
P/s : Aku lebih suka Akhil Hayy berceramah walaupun dia tidak memiliki sijil yang bertauliah sebab cara dia memberi ceramah memang ada aumm!
0 comments: