AJL24 Siapa Juara?

By | 8:34 AM Leave a Comment

Bahang kehangatan AJL pastinya sudah dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia.Hanya tinggal beberapa jam lagi,tirai Anugerah Juara Lagu ke-24 di Stadium Putra Bukit Jalil akan menjelang pada malam ahad 10 January 2010.

Lagu yang manakah akan dinobatkan sebagai juara AJL24?Keputusannya ditangan juri professional malam ni.Bukan ditangan anda!itu benar..


Antara artis yang akan bertanding malam ni semuanya gempak2 belaka.Adakah Yuna dengan lagu sebenarnya?adakah Bunkface dengan lagu Situasi?adakah Estranged dengan lagu Aurora?Adakah Hujan dengan lagu Aku Skandal?Adakah Stacy dengan lagu Pakai Buang?Adakah Tomok dengan lagu Rindu Terhenti?Adakah Misha dengan lagu Cinta Adam dan Hawa?Adakah Hafiz dengan lagu Masih Jelas?Adakah Faizal Tahir dengan lagu Bencinta?Adakah Black dengan lagu Aku Rindu Sayang Kamu?Adakah Akim dengan lagu Bengang?Adakah Alyah dengan lagu Tak Mungkin Kerana Sayang?dan juga Aizat yang membawa 2 lagu pada final iaitu Pergi dan Kau Aku.

Semuanya akan terjawab pada malam ini di TV3 dan juga boleh layan di radio rasmi HOTFM pada jam 9 malam.Jangan lupa ramai2 kita saksikan.Check out!

P/s: Dengar cerita Faizal Tahir tak dapat buat persembahan kerana kesihatannya masih lagi belum pulih sepenuhnya

Newer Post Older Post Home

0 comments: