Pelakon yang popular dalam drama Manjalara,Faizal Yusop yang baru sahaja bercerai dengan bekas isterinya iaitu Nana mengejutkan semua pihak dimana dia telah melangsungkan pernikahan dengan wanita yang dikenali sebagai Munirah pada 10 Januari lalu di Taman Ibu Kota Setapak, Kuala Lumpur.
Menikut info yang dipetik dalam paper Kosmo,mereka sekadar mengadakan majlis nikah gantung dan akan membuat resepsi pada Mac depan.
Munirah dikatakan menjadi orang ketiga punca Faizal dan Nana bercerai pada 14 September lalu.Adakah semua dakwaan itu benar?
"Saya tak mahu komen apa-apa pun dan rasanya tidak perlu untuk saya beritahu mengenai kehidupan peribadi saya kepada orang luar, tak penting pun.
"Mengenai perkahwinan itu, saya tidak akan berkata ya ataupun tidak, tak payah nak tahu.
"Buat masa ini saya lebih suka jika orang tidak tahu sama ada saya sudah berkahwin ataupun tidak. Saya lebih suka menyendiri dan tak mahu nanti orang kata saya kecoh pula,"
Nana yang masih lagi terkejut dengan berita Faizal bernikah redha dan terima Faizal dan Munirah seadanya.
"Saya gembira untuk Faizal kerana dia telah pun menemui cintanya. Saya harap wanita itu dapat membahagiakan dia. Jagalah rumah tangga itu sebaik mungkin.
"Memang saya agak terkejut mengenai berita pernikahannya. Tetapi sebelum ini, Faizal pernah memberitahu hasratnnya untuk berkahwin semula kepada keluarga saya di Seremban,"
0 comments: