Shahir Juara AF8

By | 5:01 PM Leave a Comment

Seperti yang telah dijangka,pelajar AF yang menjadi kegilaan ramai wanita dek mukanya yang tampan diumumkan sebagai juara Akademi Fantasia Musim ke-8 semalam.Shahir atau nama sebenarnya Ahmad Shahir Zawawi diumumkan sebagai juara AF8 pada konsert akhir yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini malam tadi.

Shahir yang baru berusia 22 tahun mengenepikan 4 orang finalis lain yang tidak kurang hebatnya.Adira yang dilihat turut berpotensi besar untuk mendapat undian tertinggi daripada penonton akhirnya terpaksa akur dgn kemenangan Shahir sebagai juara.


Shahir membawa pulang hadiah berupa sebuah kereta Peugeot 207 tajaan Nasim Sdn.Bhd., percutian ke Disneyland Hong Kong, tiket pelancongan ke New York serta beberapa hadiah sampingan termasuk trofi kejuaraan AF8.

Tahniah diucapkan kepada Shahir atas kemenangan itu.jadikan ia sebagai sumber inspirasi dalam memajukan industri muzik Malaysia.
Newer Post Older Post Home

0 comments: