Sinopsis & Trailer Filem Khurafat

By | 3:50 AM Leave a Comment
Pengarah muda yang baru-baru ini memenangi Anugerah Skrin 2010 (ASK10) Shamsul Yusof telah mencipta satu lagi kelainan dalam filem terbarunya iaitu Khurafat.

Dia yang juga anak kepada pengarah terkenal Dato Yusof Haslam telah memberi impak yang besar dalam industri filem tempatan selepas filem Bohsia,Evolusi Kl Drift dan telah berjaya merangkul beberapa anugerah pada tahun lepas.

Antara pelakon hebat yang membintangi filem ini ialah Syamsul Yusof, Liyana Jasmay, Sabrina Ali, Salina Saibi, Fauziah Nawi, dan ramai lagi.

Sinopsis Filem Khurafat:


“KHURAFAT-Perjanjian Syaitan” mengisahkan perjanjian terlarang, persekongkolan antara manusia & syaitan.Satu bentuk penyelewengan yang nyata dalam Aqidah Islam dan amat ditegah dalam Agama.Manusia, disogok dengan nafsu serakah dan dendam membara, tanpa mengira akibat dan bahana, rela membelakangkan Allah untuk memperoleh apa yang dicita walau dengan apa cara, akhirnya hanyut dengan bisikan dan tipu daya syaitan durjana.

Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Perubatan di sebuah hospital kerajaan. Dia sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Ayshah. Seawalnya pasangan ini hidup aman & bahagia, namun tanpa disangka ujian melanda di pertengahan jalan, kesan daripada ‘gangguan misteri’ yang berterusan.



Dalam pada masa gangguan-gangguan itu, hadir pula seorang perempuan tua yang tidak Johan kenali namun sering menyapa dan cuba mendekati Johan sewaktu di tempat kerja. Tanda tanya dan trauma yang melanda Johan & Ayshah tidak habis di sana, malah ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan yang bernama Anna.Walaupun setelah mengetahui Johan sudah berumah tangga dan bergelar suami yang sah pada Ayshah, Anna masih terus mengganggu dan merayu untuk menerimanya semula. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing dan bertekad untuk mempertahankan rumah tangganya dengan segala daya.

Tidak lama setelah berkali-kali ditolak cintanya, Anna ditemui mati;bunuh diri. Kematian Anna adalah kemuncak bagi segala siri kejadian misteri yang berlaku dalam hidup Johan & Ayshah.



DOWNLOAD FILEM KHURAFAT

P/s : Ramai-ramai kita serbu wayang pada 13 January 2011 untuk melihat filem seram ini.grrrr
Newer Post Older Post Home

0 comments: