Slot Akasia Soffiya TV3

By | 6:17 AM 1 comment


SINOPSIS DRAMA SOFFIYA

Drama yang akan ditayangkan dalam Slot Akasia Jam 7 ini mulai 21 September terdapat 28 Episod.Antara pelakon hebat yang akan membintangi adalah Tiz Zaqyah, Fizo Omar, Izara Aishah, Syazwan Zulkifli (Apek Juavana), Hilal Azman, Azhar Sulaiman dan ramai lagi

Soffiya, seorang gadis lincah dan periang yang tinggal di sebuah kampung bersama bapanya, Sulaiman seorang doktor dan ibunya, Aishah, yang sering menghadapi masalah kesihatan. Selepas satu kejadian hitam, rutin kehidupan Soffiya mula berubah termasuklah sikapnya yang lebih suka menyendiri dan sering kelihatan murung.

Nasib buruk terus mengikuti Soffiya ke mana sahaja dia pergi hinggalah dirinya meringkuk di penjara. Baru mula mengenal erti cinta, namun, Soffiya terpaksa merelakan pemergian kekasihnya ke luar negeri.

Setelah berkahwin dengan seorang jutawan yang penyayang, ketabahan Soffiya diuji sekali lagi apabila cinta pertamanya merupakan anak tirinya sendiri.

Bagaimanakah Soffiya mengharungi konflik demi konflik yang melanda dirinya?






Pengarah: Joeza Rasidi.

Penulis Skrip: Eenaz Mokhtar & Tommy ct Loh.

Pelakon2: Tiz Zaqyah, Fizo Omar, Izara Aishah, Syazwan Zulkifli (Apek Juvana), Hilal Azman.

Terbitan: Filmscape Sdn. Bhd.

Facebook : http://www.facebook.com/Soffiya-Slot-Akasia-TV3

P/s : Lama tak tengok pic terbaru Tiz.Alhamdulillah, jumpa jugak.So Sweeeeeeeeeeeeeeettttt!!! :)

Newer Post Older Post Home

1 comment: