Semalam heboh di media social instagram dan twitter mengenai gambar 'kandit' penyanyi yang pernah popular dengan lagu dangdut, Amelina yang tidak memakai tudung. Umum tahu, sebelum ini Amelina dikatakan sudah bertudung selepas menyepi dari dunia seni apabila berkahwin.
Pelbagai spekulasi timbul mengenai statusnya bertudung atau tidak. Artikel ini dipetik dari BH selepas mereka menghubungi Maya sendiri untuk mendapatkan penjelasan lanjut.
"Kami selalu berhubungan. Nak kira lama itu bolehlah juga. Kiranya hubungan kami secara sekali sekala. Sesekali kami berhubung bertanya khabar. Almaklumlah nak jumpa susah dan kami masing-masing pun mempunyai komitmen tersendiri.
"Pendek kata memang susah nak jumpa. Cuma pernah suatu hari saya katakan kepadanya, kita perlu bersua juga. Alhamdulillah jadi juga pertemuan kami.
"Cuma tak sangka ada orang yang menyedari kehadiran dia ketika kami berjumpa dan mengambil gambar kandid kami.
"Saya sendiri perasan perkara itu... dan tak sangka ia menjadi topik di laman sosial," kata Maya.
Maya sempat ditanya mengenai status sebenar Amelina sama ada sudah bertudung atau tidak sebenarnya. Kata Maya, penyanyi itu belum bertudung seperti yang disangka.
"Selama ini memang orang sudah salah erti mengenai imejnya ketika timbulnya cerita suatu ketika dulu mengenai isu rumah di Kota Kemuning, Shah Alam. Ketika isu itu timbul, dia tak nak orang kenal dan mungkin sebab itu juga dia mengenakan tudung.
"Tapi biasalah orang masih dapat cam wajahnya," katanya.
Maya sempat ditanya mengenai kehidupan Amelina. Umum tahu, rumah tangga yang dibina penyanyi dangdut itu terus menjadi tanda tanya dan rahsia. Selepas berkahwin, Amelina terus hilang daripada pandangan dunia seni.
"Setahu saya dia gembira dengan kehidupannya. Cuma bab rumah tangga saya tak pasti kerana selalunya kami tak cakap mengenai hal itu. Kami banyak berkongsi memori lama mengenai dunia seni. Dia pun sebenarnya masih mengambil tahu perihal dunia seni," katanya.
Ditanya apakah benar, Amelina bakal memeriahkan kembali dunia seni tak lama lagi, Maya memberitahu perkara itu berkemungkinan besar akan menjadi kenyataan.
0 comments: