Farahwahida Nak Saman Julfekar?
By Unknown | 5:34 AM
Leave a Comment
Penyanyi yang tengah dok meningkat naik dekat malaysia ni,Farahwahida membuat laporan polis mendakwa dia diugut oleh bekas komposernya sendiri Julfekar Ahmad untuk mengedar gambar dan video lucahnya.
Dalam laporan muka depan akhbar Metro hari ini,Julfekar,45,terkejut dengan tindakan penyanyi itu dan berkata Farawahida boleh membuat pelbagai tuduhan terhadapnya, tetapi perlu mempunyai bukti yang boleh dipercayai!.
Sumber,Farahwahida telah membuat tiga laporan polis terhadap komposer terkenal itu masing-masing di Balai Polis Klang pada 6 November tahun lalu, Taiping, Perak (9 Februari) dan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, Rabu lalu.
Farahwahida juga mendakwa dia menerima SMS yang dikirim Julfekar yang memaki hamunnya 'perempuan tidak guna, perempuan sundal’!
Terkejut dengan tindakan penyanyi itu,Julfekar juga akan membuat laporan polis terhadap bekas anak didiknya itu untuk membela diri terutama berkaitan dakwaan mengugut mahu mengedarkan gambar serta video lucah penyanyi berkenaan serta memohon ganti rugi RM200,000 lagi atas segala kepayahan menaikkan nama Farahwahida sepanjang tujuh tahun bergelar artis.
note: gaduh gaduh gaduh!!!tak habis2 betul dunia hiburan sekarang..
0 comments: