Kes Farahwahida & Julfekar Tak Setle lagi?

By | 5:42 AM Leave a Comment

Ingat kot dah setle masalah komposer dan penyanyi ni..rupa rupanya ada lagi yak tak kena dengan diorang ni!

kalau anda ada tengok Melodi ahad lepas,sudah tentu dapat tengok adegan Julfekar yang juga seorang duda, sudah hilang sabar dan bercakap sambil memegang kontrak hitam putihnya bersama Farawaheeda.

Jul mendakwa kontrak Fara masih sah dan dia saja yang berhak membuat keputusan berhubung segala yang berkaitan dengan karier nyanyian Fara itu. Difahamkan, Fara telah meletak jawatan pada 9 Februari 2009 sedangkan kontraknya tamat pada 19 Februari 2009, tidak termasuk tempoh option tanpa notis sehingga 19 Februari 2010 yang berhak ditentukan oleh Jul.


menurut sumber,Jul mengaku pernah bercinta dengan farah ketika dia berusia 17 tahun ( tingkatan 5).haiya?betul ke ni bercinta?hohoho.Difahamkan,farah menafikan pengakuan yang dibuat jul bercinta dengannya dan mendakwa komposer itu memukul, mengkonkong dan tidak pernah merasai duit titik peluh sendiri malah tidak pernah bercinta pun dengan Jul.

yang mana satu betul ni?sebelah pihak cakap macam ni,sebelah pihak lagi cakap mcm ni!hanya mereka berdua sahaja yang tau.So,kita hanya boleh berdoa moga2 hubungan mereka baik seperti sedia kala dibulan yang mulia ini.

note:frust!

Newer Post Older Post Home

0 comments: