Waah!rezeki Allah buat Eizlan Yusof apabila dia dimaklumkan bakal menimbang cahaya mata yang kedua.
Isterinya,Vie Shanti sudah empat bulan mengandung anak kedua mereka selepas anak sulung mereka iaitu Vie Zaara, yang kini berusia 17 bulan.
“Sebelum ini, banyak yang saya tidak tahu tentang kehidupan. Tetapi setelah berkahwin, saya mula belajar tentang kehidupan dan apa yang saya pelajari, saya cuba masukkan dalam lakonan saya. Rasanya lakonan saya hari ini lebih ada rasa dan dari segi kreativiti saya juga lebih matang.”
Bagi peminat Eizlan, selain filem ‘Pisau Cukur’ yang akan berada di pawagam pada 5 November ini, dia bakal menemui peminat melalui siri drama ‘Jangan Tegur Lagi’ dan sebuah telefilem arahan Kabir Bhatia berjudul ‘Keabadian Cinta’ di mana dia digandingkan dengan Tiz Zaqyah. Turut menjayakan telefilem yang membawa tiga kisah itu, Cheryl Samad dan Remy Ishak.
Tahniah diucapkan kepada Eizlan dan isterinya.Lepas ni lagi bertambah seri la gamaknya rumah tangga diorang ni yerr..
sumber artikel diedit di : www.gua.com.my
0 comments: