Syarifah Sofia Kahwin

By | 7:07 AM Leave a Comment

Pelakon cantik kacukan yang dikenali didalam drama Nur Kasih akhirnya Memilih lelaki kacukan Melayu Jordan, Syed Ismail Syed Ibrahim Al- Ali,31, sebagai pasangan hidupnya.

Syarifah dinikahkan sendiri oleh bapanya,Syed Hussein Syed Harun di hadapan Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) merangkap Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Mohd Nazarudi Mohd Nadzir.

Syarifah yang menerima Mas kahwin, RM100 dan wang hantaran RM20,000 dikhabarkan gembira + sedih sebab terpaksa berpisah dengan keluarga bila dah kahwin ni.Yela kan Syarifah ni anak bongsu sudah tentu peraasaan mcm ni akan datang dalam hati.

mereka dikhabarkan akan berbulan madu di Maldiev dan Colorado, Amerika Syarikat.Wau!jauh gamakanya perjalanan diorang nih yer..

"Kata Syed Ismail, dia dan isteri memilih Kepulauan Maldives kerana mahu menyelam bersama ke dasar laut dan selepas itu baru berkunjung ke Colorado pula.Bagaimanapun, buat masa ini tarikh untuk pergi berbulan madu belum ditetapkan".Antara petikan didalam paper Metro hari ni.


Pada majlis pernikahan itu, pengantin perempuan membawa sembilan dulang hantaran berupa telefon bimbit Blackberry/ gajet, kemeja jenama Boss, al-Quran, cincin, komputer riba, tali pinggang/ dompet Boss, coklat, jam tangan dan sirih junjung.

Manakala dibalas pula dengan tujuh dulang hantaran daripada pihak pengantin lelaki bertemakan perak iaitu beg tangan/ dompet jenama Coach, sepasang persalinan, sejadah/ telekung, Al-Quran, coklat, set perhiasan mutiara serta sirih junjung.

P/s : Tahniah diucapkan kepada kedua dua mempelai ni.Hope cepat2 la dapat anak nanti yerr :)
Newer Post Older Post Home

0 comments: