Norlia Ghani Ikut Ajaran Sesat Haji Kahar?

By | 1:46 AM Leave a Comment

KUALA LUMPUR: “Jangan fitnah saya. Saya ni bukanlah sejahil dan sesesat itu.” Demikianlah reaksi tegas pelakon veteran, Norlia Ghani, 61, sambil beristighfar dan menafikan dia artis veteran yang dikaitkan sebagai pengikut ajaran sesat Haji Kahar.

Itulah antara luahan Norlia Ghani yang dipetik dalam akhbar Metro bertarikh 9 oktober 2009.(hari ini)

Mengikut info yang diterima,Norlia diburu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana dipercayai pernah terbabit dengan kumpulan ajaran sesat itu sebelum ni.

Dalam Metro Norlia berkata, dia pernah mengenali Kahar sebelum ni kerana pernah terlibat sama dalam pengambaran sebuah drama tetapi tidak pernah pun menghubungi antara satu sama lain.

Seperti mana yang kita semua tau,Abdul Kahar adalah orang yang paling dikehendaki sebelum ni kerana dia adalah ketua ajaran sesat yang mengaku dirinya Rasul Melayu.

"Sepandai pandai tupai melompat,akhirnya jatuh ke tanah juga".Kahar telah ditangkap pada bulan puasa lepas dan JAIS masih lagi memburu pengikut pengikutnya untuk memulihkan akidah mereka.

Berbalik kepada cerita Norlia Ghani,dia menafikan tuduhan sesetengah pihak yang menuduhnya terbabit dengan ajaran sesat itu.

“Saya sedih dituduh sebegini kerana walaupun saya artis, itu tidak bermakna saya tidak mempunyai pegangan agama langsung",Luahan Norlia

Newer Post Older Post Home

0 comments: