Serina Ridzuan Nak Kahwin

By | 6:35 AM Leave a Comment

Siapa kenal Chef Wan angkat tangan?Kalau tak kenal memang tak payah duduk kat Malaysia lah.hehe..gurau jer..

Bukan nak cerita pasal tukang masak yang popular tu,tapi nak cerita pasal anak dia iaitu Serina Ridzuan atau lebih dikenali sebagai Inspektor Nur fatimah dalam siri Akademi Polis.Serina dijangka bernikah pada 1 januari 2010 dengan jejaka tampan keturunan Irish dari England, Gavin Edward O'luanaigh atau nama islamnya Salahuddin Ghaffar.

Dengar cerita,perkahwinan mereka nanti akan dirakam oleh kru televisyen Asian Food Channel (AFC) serta turut dihadiri oleh dua pengarah daripada Britain bagi menjayakan rakaman berkenaan, bermula dari majlis berinai kecil, majlis berinai besar, akad nikah serta persandingan.

"Kononnya, majlis saya nanti akan mempromosikan majlis perkahwinan mengikuti gaya orang Melayu. Sudah tentunya saya gembira apabila pihak luar berminat merakamkannya, seterusnya menayangkan majlis itu untuk tontonan penonton antarabangsa. Pada masa yang sama, ia memberikan tekanan bukan sedikit buat saya".Kata Serina yang dipetik dalam Berita Harian hari ini.

Kalau dipanjangkan umur dan ada jodoh,Serina bakal ke jinjang pelamin la nanti yer.Insyaallah!mari sama2 kita doakan mereka.amin!

Note : Sedih tengok kehidupan Serina dalam cerita Akademi Polis.huhuh

Newer Post Older Post Home

0 comments: