Linda Onn Dan Fahrin Kembali Bercinta?

By | 6:41 AM Leave a Comment

Selepas kita semua dikejutkan dengan berita berpisahnya Fahrin Ahmad dan Scha Al-Yahya,kini muncul tanda tanya sama ada Linda akan kembali menjalinkan hubungan cinta bersama fahrin.

Seperti mana yang rakyat malaysia semua sudah tau,selepas Linda Onn berpisah dengan Fahrin,Scha muncul sebagai pengganti Linda dalam mengisi kekosongan didalam hati Fahrin.Tetapi apakan daya,jodoh mereka tak tahan lama apabila Scha sendiri mengakui dia dan Fahrin sudah berpisah selepas mereka digandingkan bersama didalam rancangan Sehanti Berdansa.

Dalam berita yang dipetik dalam paper Kosmo hari ni,Linda berkata walaupun Fahrin dan Scha sudah berpisah,dia tetap dengan pendiriannya tidak mahu menjalinkan hubungan cinta semula dengan Fahrin kerana baginya hidup sebagai solo lebih baik dari berkaple.Ramai juga peminat yang bersetuju jika Fahrin dan Linda kembali kaple,tetapi apakan daya Kak Linda kita nih mempunyai prinsip dan pendirian hidup yang utuh.

"Semasa kami bersama, ramai yang bertanya mengapa kami rapat? Macam-macam orang cakap. Apabila kami berpisah pula, orang mula tanya mengapa kami hendak berpisah?

"Kini apabila Fahrin dan Scha berpisah, orang suruh kami kembali bersama. Jadi orang akan terus bercakap walau apa pun yang terjadi.

"Saya tidak boleh memuaskan semua orang dan tidak dapat menghalang mereka daripada terus bercakap,"


"Jodoh tak perlu dicari, ia akan datang sendiri. Buat masa sekarang, saya perlu benar-benar fokus kepada kerja dan bisnes selain menjalani kehidupan seperti biasa, macam wanita lain.

"Saya tidak mempunyai masalah kalau ada lelaki ingin mendekati saya. Sekarang ini, saya tidak kisah untuk berkawan dengan siapa kerana apa yang penting adalah hati budi lelaki itu,"Itu antara luahan Linda yang dipetik dalam paper kosmo.

P/s :Buat jejaka2 diluar sana tu,jangan dok tunggu lagi dah,Linda skang dah solo.Try la tengok adjust2 Linda mana tau kot2 nanti dia setuju nak kawen ka,boleh arr korang duduk umah banglo.Syokk woo!! :)



Newer Post Older Post Home

0 comments: