Tak setle2 lagi kes Radhi OAG dengan bini dia nih.Selepas kes Radhi bertikam mulut diluar mahkamah dengan bini dia dulu,pastu masuk pula kes tuntutan cerai yang dibuat Shazlin yang tidak dihadhiri Radhi di Mahkamah.Hari ni mai pula kes mahkamah perintah keluarkan waran tangkap dekat radhi.
Radhi yang tak hadir ke mahkamah dek kerana tuntutan cerai kali kedua yang dibuat syazlin,menyebabkan Hakim Syarie Ghazali Ahmad mengeluarkan perintah waran tangkap yang berkuat kuasa serta-merta semalam selepas membenarkan permohonan Peguam Syarie, Rubiah Jaafar yang mewakili plaintif, Shazlin Shariff.
Dibawah ni antara petikan berita kes radhi dan Syazlin yang dipetik didalam paper Kosmo bertarikh 4 November 2009.
Waran tangkap tersebut merupakan waran kali ketiga yang dikeluarkan terhadap artis berkenaan sejak kes pengesahan lafaz cerai pasangan itu disebut di mahkamah pada 25 November 2008.
Kali pertama waran tangkap dikeluarkan terhadap Radhi adalah pada 21 April lalu disusuli pada 24 Jun apabila sebelum itu Radhi telah beberapa kali dikenakan notis amaran atas alasan serupa.
Waran tangkap semalam akan diserahkan kepada Radhi melalui polis secepat mungkin. Radhi akan dibawa oleh polis ke mahkamah sebaik waran itu diserahkan kepadanya.
Terdahulu, Rubiah memohon mahkamah menggenakan waran tangkap terhadap Radhi selaku defendan kes itu kerana dia tidak hadir tanpa memberi sebab dan alasan yang kukuh.
Rubiah yang ditemui selepas prosiding memberitahu, Shazlin telah menghubungi suaminya dan memaklumkan mengenai perbicaraan pengesahan lafaz cerai tersebut.
P/s : Hope Radhi dan Syazlin setle la masalah korang baik2 yer..xyah la gaduh2 dan masam2 muka.Tak elok tuh.pikirkan anak korang juga.Mereka perlukan kasih sayang seorang ayah dan ibu..
0 comments: