Nash Kena Bayar RM1.38j

By | 8:38 AM Leave a Comment

Bekas isteri penyanyi rock tahun 80 an,Datuk Sosilawati Lawiya yang juga Pengasas produk kecantikan Nouvelles Visages menfailkan tuntutan wang berjumlah RM1.38j daripada Nash atau nama sebenarnya Jamaludin Elias.

Dia menuntut bekas suaminya mengembalikan modal yang pernah dikeluarkannya untuk pelaburan di Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW2020) yang masing-masing RM200,000 serta Public Mutual Berhad (RM500,000).

Selain itu,Nash juga dituntut untuk mengembalikan wang RM480,000 yang dikeluarkan Sosilawati untuk menyelesaikan pinjaman bank dan bayaran berkaitan ke atas rumah di Seksyen 7, Shah Alam.


Sosilawati dan Nash berkahwin pada 16 November 2006 di Batu Pahat, Johor, namun bercerai talak satu di depan Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Mohammad di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, dekat sini, pada 26 Mei 2009.


Dia sebelum ini berjanji tidak akan menuntut nafkah edah, mutaah, nafkah tertunggak dan apa juga tuntutan yang dibenarkan di mahkamah, manakala permohonan bagi harta sepencarian akan difailkan kemudian.

Note : Petikan artikel harian Metro
Newer Post Older Post Home

0 comments: