Pengacara TV Mengaku Berkhalwat
By Unknown | 11:37 AM
Leave a Comment
kira-kira 4 bulan yang lalu, kecoh dengan berita seorang pelakon lelaki drama mistik & seram yang sanggup menyabung nyawa dengan menyeberangi balkoni di tingkat lima ke rumah jiran ketika melarikan diri daripada anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
Ketika itu, tiada siapa pun yang tahu akan identiti mereka berdua dan menjadi teka-teki sehinggalah terbongkar.
Hairi dituduh berkhalwat dengan Ziffa, seorang penolong penerbit TV, yang juga tunangnya, di apartmen sewa wanita itu yang terletak di Bandar Seri Damansara, Petaling Jaya, antara jam 1.35 hingga 2.07 pagi, pada 30 Mei 2009.
Hakim Syarie, Ghazali menetapkan mereka berdua didenda sebanyak RM2700 atau penjara 3 bulan atas kesalahan yang mereka lakukan. Ketika membacakan keputusan mahkamah, Ghazali berkata tindakan Hairi yang sanggup menyeberangi balkoni ke rumah jiran sebelah adalah merbahaya.
Hairi dipercayai sudah beberapa kali datang ke apartmen wanita terbabit yang juga tunangnya sejak beberapa bulan lalu, sebelum ditangkap. Malah, ketika ditahan wanita terbabit hanya memakai seluar pendek dan singlet yang menampakkan tubuhnya yang seksi, selain penemuan seluar dan baju pelakon lelaki berkenaan di biliknya.
Penahanan pelakon dan penolong penerbit itu disahkan Ketua Unit Tindakan Khas (UTK) Jais, Shahrom Maarop, yang mengakui pihaknya terpaksa menanti kira-kira 10 minit sebelum wanita terbabit membuka pintu. Beliau berkata, wanita terbabit yang hanya memakai singlet dan berseluar pendek mendakwa tinggal bersendirian di apartmen itu sebelum penguat kuasa melakukan pemeriksaan dalam bilik.
Anggota penguat kuasa yang curiga dengan pengakuan wanita itu menjumpai seluar dan baju yang menunjukkan ada seorang lelaki turut tidur di situ.
Pemeriksaan lanjut mendapati ada kesan seseorang meloloskan diri melalui balkoni apartmen berkenaan yang dipercayai memasuki rumah bersebelahan,” katanya.
Bagi mengelak pelakon terbabit melarikan diri, Shahrom berkata, anggota penguat kuasa Jais bergegas mengetuk pintu apartmen bersebelahan yang dihuni beberapa lelaki warga asing.
Mereka mendapati ada beberapa warga asing dan kelibat seorang lelaki yang hanya menutup dirinya dengan kain langsir berhampiran balkoni. Penguat kuasa menjalankan siasatan terhadap lelaki terbabit yang dipercayai cuba menyamar sebagai warga asing bagi mengelak ditahan. Bagaimanapun, helah itu tidak menjadi apabila percakapan dan warna kulit pelakon itu berbeza dengan penghuni warga asing di apartmen itu,” katanya.
Selepas menyedari helah tidak menjadi, Shahrom berkata, pelakon terbabit mengaku tidur di rumah wanita yang juga penolong penerbit drama yang dilakonkannya selain mengaku mereka sudah bertunang dan akan bernikah tidak lama lagi. Pelakon terbabit turut mendakwa dia pening selepas selesai sesi penggambaran sebelum datang ke rumah tunangnya yang sebelum ini tinggal bersama seorang lagi rakan wanita di apartmen itu.
Beliau berkata, pasangan terbabit cuba merayu beberapa kali dengan memberi alasan akan berkahwin tidak lama lagi dan terbabit dengan program popular di televisyen. Bagaimanapun, Shahrom berkata, alasan itu tidak diterima kerana ikatan pertunangan bukan tiket untuk melakukan maksiat.
Yang menyedihkan, pelakon itu yang hanya membalut tubuhnya dengan kain langsir sanggup melompat ke balkoni rumah jiran untuk melarikan diri tanpa mengambil kira keselamatan diri. Begitu juga dengan penolong penerbit berkenaan yang berpakaian menjolok mata selain membenarkan tunangnya tidur di rumah itu. Kami masih menyiasat sama ada mereka sudah melakukan perkara yang ‘tidak sepatutnya’ kerana seluar dan pakaian lelaki berada dalam bilik tunangnya,” katanya.
Shahrom berkata, Jais membawa mereka pejabat agama untuk disoal siasat sebelum dibebaskan dengan jaminan.Pasangan itu akan didakwa mengikut Seksyen 29(1) a dan b, Enakmen Jenayah Syariah Selangor.
0 comments: