Selepas Umie Aida dicalon untuk digantikan dengan Norish membintangi watak dalam drama popular Spa Q,last2 Umie Aida pula tarik diri dari membawa watak Qistina yang pernah dipegang Norish itu dan telah pun digantikan dengan Nanu Baharudin.
tetapi,yang menjadi kontroversi panass sekarang ni keretakan hubungan Nora Danish dan Fasha Sandha yang turut sama berlakon dalam drama Spa Q tuh.Punca kontroversi antara mereka rasanya umum dah tau kot gara2 Fasha Sandha yang dikatakan menjadi punca utama penceraian pelakon manis tuh dengan suaminya, Rizal Ashram Ramli.
Jadi persoalan dia kat sini,bolehka Nora dan Fasha berlakon sekali sedangkan mereka nih tengah "berperang" antara satu sama lain?adakah Nora boleh melupakan dan memaafkan fasha dengan apa yang terjadi antara dia dan suaminya?
"Saya memang nak maafkan dia tetapi ambil masa. Akhirnya hati saya lega terbuka hati untuk memberi kemaafan kepada dia tetapi bukan sekarang, saya perlu tunggu sampai masa yang sesuai,"
"Saya tidak mahu kemaafan ini berlaku di hadapan kamera atau disebab oleh perkara lain. Saya mahu biarlah kemaafan ini berlaku secara semula jadi tanpa dipaksa dan dilakukan dengan ikhlas. Biarlah kemaafan itu terjadi dengan sendirinya. Apa yang sudah terjadi saya anggap ia takdir.
"Saya juga tidak mahu orang mengambil kesempatan atas apa yang telah terjadi terhadap saya kerana saya ingin menjalani hidup dengan tenang tanpa sebarang gangguan," Ulas Nora yang dipetik dalam paper Kosmo.
Drama bersiri 13 episod arahan Zulkifli Arshad itu bakal ditayangkan bukan lagi di TV3 tetapi di Astro dengan menampilkan Nora sebagai Maya yang akan berkahwin dengan watak Dafi.
Kepada yang dok follow drama nih dari awal cerita ni ditayangkan,bersiap sedia la pulak untuk episod baru yer.Yang tak dak astro tu,cepat2 la pasang astro.hehe
P/s : Buat Nora dan Fasha,cepat2 lah korang berbaik baik.Tak baik woo masam muka lama2.Yang dah lepas tu biar la lepas.Tak ada manusia yang sempurna dekat dunia ni..
0 comments: