Zaidi Omar Terbabit Kemalangan Maut

By | 4:40 AM Leave a Comment


KUALA LUMPUR - Bimbang gambarnya dirakam, seorang pelakon veteran lelaki bertindak melarikan diri selepas terlibat dalam satu kemalangan yang mengakibatkan kematian seorang remaja di Kilometer 7-3 Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) Kepong di sini awal pagi semalam.

Kejadian pukul 1 pagi itu berlaku apabila kereta BMW yang dipandu pelakon berusia 51 tahun itu bertembung dengan sebuah motosikal yang dinaiki Tuan Mohamad Nul Hakim Tuan Long, 21, dari Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan.


Itu antara petikan keratan akhbar Kosmo berhubungan dengan satu kemalangan maut yang membabitkan seorang pelakon dan seorang pemuda semalam.



Identiti pelakon yang terlibat dengan kemalangan itu tidak didedahkan berita TV3 ataupun dalam akhbar Kosmo,tetapi pelakon itu sudah dikenalpasti sebagai Zaidi Omar.Banyak tanda tanya siapakah pelakon yang terlibat dalam kemalangan itu.Ada yang mengatakan Zed Zaidi.Akhirnya terjawab sudah siapa tuan punya badan tersebut.


Difahamkan,kemalangan tersebut terjadi akibat dari mangsa yang menaiki motosikal Honda EX5 bertindak melawan arus dengan menunggang di lorong kanan selepas melihat sepasukan polis sedang melakukan sekatan jalan raya di situ.

Akibat dari kemalangan itu,Zaidi Omar bertindak beredar dari tempat kejadian dan mengelak dari gambarnya diambil serta dia tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi kereta BMW miliknya rosak teruk juga.(BMW tuh..huhuh)

Dia sudah pun membuat laporan di balai polis dan sudah pun dibebaskan selepas tidak didapati bersalah.

Newer Post Older Post Home

0 comments: