Cerita Panas Faizal AF4

By | 7:36 AM Leave a Comment

Baru baru ini,juara Akademi Fantasia (Af4) Faizal mengejutkan ramai orang dimana penyanyi itu telah berkahwin senyap2 tanpa pengetahuan keluarganya dengan Nur Ashikin Mior Ahmad.Mengikut sumber,mereka telah berkahwin kira-kira 10 bulan lalu tetapi hanya membuat pengakuan ketika pelancaran filem Pulau Asmara.

Dalam laporan paper Kosmo! kelmarin dulu,Faizal atau nama sebenarnya Faizal Ramly dikatakan membuat pengakuan kepada wartawan yang dia berkahwin atas restu keluarga dan atas keizinan kedua dua pihak (pihak keluarga Faizal dan Ikin).

Tetapi,muncul pula cerita panas dalam paper Metro keluarga Faizal tidak tahu langsung anaknya telah bernikah.Ayah dan ibu Faizal mendakwa mereka hanya tahu selepas 2 bulan Faizal dan Ikin disatukan.


Cerita Faizal dan ikin ni mirip cerita Rita Rudaini dan Aidil Dulu.Tak kisahlah kan,benda dah berlalu dan yang sebenar benarnya Faizal bakal bergelar ayah selepas mengetahui Ikin sarat mengandung 8 bulan.

Faizal turut menafikan dakwaan pelbagai pihak yang mengatakan dia berkahwin disebabkan kena tangkap basah.Haish!macam macam sekarang ni.grr!

Newer Post Older Post Home

0 comments: