Hah..menarik tajuk utama paper Metro hari ini mengenai cerita Ahli Parlimen Kinabatangan, Sabah, Datuk Bung Moktar Radin yang sudah melamar pelakon cantik Zizie Izeete.
Umum mungkin sudah kenal dengan Datuk Bung yang petah bercakap bahasa2 "kasar" apabila berdebat di dewan parlimen dan tidak kurang juga dengan Zizie yang sering membawa watak "ala2 orang kaya" disetiap drama yang dilakonkannya.
KUALA LUMPUR: “Saya akan tetap merestui jika memang sudah ditakdirkan Datuk Bung menjadi pasangan hidupnya,” kata pelakon Khaty Fauziah mengulas desas-desus anaknya, pelakon popular, Zizie Izette Abd Samad sudah dilamar Ahli Parlimen Kinabatangan, Sabah, Datuk Bung Moktar Radin.
“Zizie sudah mula bercinta sejak usia 14 tahun dan dia juga sudah berjumpa dengan ramai lelaki tapi nampaknya dia masih belum bertemu jodoh.
“Justeru, sebagai ibu saya terima jika ditakdirkan tuhan, Zizie berkahwin dengan suami orang atau menjadi isteri kedua kerana siapalah kita untuk menolak ketentuan tuhan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.
Diatas adalah artikel cerita Zizie dan Datuk Bung dalam harian Metro.Untuk baca artikel penuh,boleh click dekat Sini
0 comments: