Cerita Suka Duka Artis 2009

By | 7:05 AM 2 comments
Tahun 2009 bakal berlabuh hanya beberapa minit saja lagi dan tahun 2010 bakal menjelma.Cuba kita ingat balik sepanjang 2009,apakah cerita terhangat artis yang paling mendapat liputan hangat di seluruh Malaysia ataupun dunia?

Jom sama-sama kita baca cerita terhangat artis 2009 dan kontroversi yang mana satukah paling mendapat "hit" tertinggi sepanjang tahun.Check it out!



10)Cerita Syarifah Aini dan S.Atan

Kisah Datuk Syarifah Aini dan S.Atan mendapat liputan luas media tempatan dan juga luar negara.

S.Atan mendakwa dia difitnah Syarifah Aini berhubung kenyataan yang dikeluarkan Syarifah aini mengenai dia menipu penyanyi itu sebanyak RM83,000 yang sepatutnya digunakan untuk menerbitkan album.


9)Cerita Akhil Hayy dan Maizawati

Cerita kisah penceramah bebas dan bekas penyanyi rock,Akhil Hayy bercerai dengan isterinya Maizawati selepas 14 tahun berkahwin.Dikatakan punca mereka bercerai disebabkan Waheeda.

Cerita mereka menjadi lebih hangat selepas Akhil Hayy mengahwini Waheeda dan sekali gus menutup segala spekulasi masyarakat terhadap mereka


8)Cerita Radhi OAG dan Shazlin

Syazlin yang bercerai dengan Radhi dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain menjadi perbualan hangat diseluruh Malaysia.Kontroversi hubungan mereka menjadi lebih panas apabila Radhi bertikam lidah dengan isterinya di luar Mahkamah.

Video rakaman pergaduhan mereka telah disiarkan didalam Melodi


7)Cerita Farawahida dan Zulfekar

Saling salah menyalahi antara satu sama lain sehingga membawa ke mahkamah.Itulah soretan cerita celebriti ini pada tahun 2009.Farawahida didakwa Julfekar melanggar kontrak dengan syarikat Millenium Art Sdn. Bhd kerana tidak mahu lagi menjadi artis dibawah rakaman Zulfekar.

Cerita mereka menjadi lebih panas selepas Farah menolak cinta Zulfekar dan dia mendakwa Julfekar menyebarkan rakaman seks mereka berdua.



6)Cerita Remy Ishak dan Ummi

Mereka berdua dikenali melalui drama yang paling mendapat sambutan hangat dari penonton iaitu Nur Kasih.Selepas berakhirnya drama itu,Malaysia dikejutkan dengan kes dimana Remy Ishak dibelasah 7 lelaki di Istana Budaya.

Khabar angin ada mengatakan punca Remy dipukul adalah disebabkan putusnya hubungan cintanya dengan Ummi.Tidak lama selepas kes Remy dipukul,terpampang jelas muka ummi yang cedera teruk dipukul Remy selepas berlaku perselisihan faham antara mereka.



5)Cerita Awal,Fahrin dan Scha

Selepas putusnya hubungan cinta antara Fahrin dan Linda Onn,berputik cinta baru antara Fahrin dan Scha.Tidak lama selepas itu mereka bercinta,dunia hiburan dikejutkan dengan cerita mereka telah berpisah.

Baru cerita panas ni nak jadi suam-suam susu,timbul pula kontroversi dimana punca Fahrin dan Scha berpisah disebabkan orang ketiga iaitu Awal Ashaari.Scha menafikan sekeras kerasnya gosip tersebut dan tak lama lepas tu,Scha dan Awal telah ditangkap polis di salah sebuah club malam di Bukit Bintang




4)Cerita Dayana Kamal


Cerita Dayana Kamal bekas isteri kepada vokalis kumpulan The Times,Natazar Mohamad yang meninggal dunia akibat kemalangan mendapat "hit" yang tinggi di enjin carian Google dan juga media massa.

Dayana pernah membintangi beberapa buah drama dan juga filem antaranya Black Maria,Sumayyah, Rumah Itu Dunia Aku, Selamat Tinggal Noni,dan juga drama TV3 Matahari.



3)Cerita Vokalis Kumpulan Rabbani

Vokalis kumpulan nashid terkenal Rabbani,Ustaz Asri telah mengejutkan peminatnya di Malaysia selepas menghembuskan nafas terakhir akibat serangan jantung di Hospital Pantai, Bangsar

Berita pemergian arwah mendapat sambutan hangat dari pengguna internet dan juga masyarakat yang bersimpati diatas pemergian beliau.



2)Cerita Norman Hakim dan Abby


Semuanya terbongkar selepas Norman ditangkap oleh jabatan agama islam bersama pelakon Mimie Suhaiza dipejabat Norman.

Abby yang bengang dengan berita itu telah menfailkan cerai terhadap Norman.Seolah oleh tidak berpuas hati,kontroversi antara mereka tidak sampai disitu saja.Abby telah menyerang Norman dilokasi pengambaran drama gerak khas yang turut dirakam oleh krew melodi adegan 'berperang lidah' antara mereka.


1)Cerita Michael Jackson


Sebagai penutup tirai tahun 2009,inilah cerita yang paling menggemparkan seluruh dunia dengan perginya Raja Pop termasyur dunia,Michael Jackson.

Jacko menghembuskan nafas terakhirnya ketika berusia 50 tahun di rumah sewanya di 100 North Carolwood Drive, Holmby Hills, Los Angeles kerana denyutan jantung terhenti.

Upacara pengebumian Michael diratapi seluruh dunia termasuklah sahabat dan rakan artis seperti Stevie Wonder, Lionel Richie, Mariah Carey, John Mayer, Jennifer Hudson dan Usher serta 20,000 peminat fanatiknya.

Newer Post Older Post Home

2 comments: