Terkejut juga aku bila dapat tau drama Nur Kasih mencatat jumlah penonton melebihi 20 juta orang pada episod akhir jumaat lepas.Memang diakui,drama Nur Kasih memang best!pelakon2 nur kasih pun pandai menjiwai watak mereka dengan baik.
Pengarah Nur Kasih,saudara Kabir berani memperkenalkan pelakon2 baru yang mungkin kita semua tak kenal sebelum ni.Dulu kalau sebut nama Tiz Zaqyah korang kenal ke?aku pun memang tak kenal langsung dengan minah ni.Tapi sejak drama Nur Kasih ni dah meletup,nama Tiz Zaqyah dah mula dikenali dek watak gadis bertudung dan sopan santunya sebagai Nur Amina.
Tuah ayam nampak dikaki,tuah manusia tak da sapa yang tau.Itu la yang terjadi dekat Tiz Zaqyah ni apabila tamatnya drama nur kasih,banyak pula tawaran berlakon yang diterimanya walaupun ada sedikit kontroversi dengan tersebarnya gambar seksi Tiz bersocial dengan kawan2nya.Banyak komen2 panas yang aku baca di blog pasal gambar Tiz ni.(kadang2 nak tergelak pun ada bila baca komen kutuk mengutuk ni)..
Kalau tak silap aku,Tiz ni baru berusia 21 tahun kot?Yelah time darah muda nih biasa kan kalau nak bersosial n berpakaian seksi2 ni.Tapi aku kurang setuju sikit Tiz punya pemakaian kalau diluar lakonan.Sepatutnya,dia lebih matang berfikir yang mana baik dan buruk sebabnya dia ni masih "setahun jagung" dan kalau macam ni la aktiviti sosial yang ditunjukkan Tiz,alamatnya memang ramaila makluk2 yang menyumpah nyumpah tiz nanti!kadang2 aku tak setuju pun ada Tiz bawa watak gadis bertudung, sopan santun,lemah lembut,tetapi hakikatnya?huh!
"Selepas Nur Kasih, saya menerima banyak tawaran dari penerbit dan pengarah. Tetapi, saya ingin berehat dulu dan Januari depan baru sibuk kembali berlakon. Bukan apa, watak Nur Amina sudah cukup kuat dan jika tersilap buat pilihan, takut pula usaha selama ini sia-sia saja.
"Biarpun ditawarkan watak pembantu selepas ini, saya tidak kisah kerana yang penting jalan cerita. Sebagai contoh, kerana kekuatan jalan cerita Nur Kasih, akhirnya dapat menaikkan nama saya dalam industri hiburan tempatan," katanya Tiz yang dipetik dalam paper Metro
P/s : Pesanan aku buat Tiz,kurangkan aktiviti social dan jaga nama baik u sebab i ni memang minat sangat u punya lakonan dalam drama Nur Kasih.hehe.Kalau u ada baca i punya artikel ni,i mnta maaf la yer kalau ada terguris :)
0 comments: