Fahrin Bengang Difitnah Linda Onn

By | 4:55 AM Leave a Comment

“Apa perasaan anda apabila orang bertanyakan pada ibu anda yang sedang sakit, adakah anak anda kaki pukul?”

Itu antara luahan Fahrin Ahmad berhubung kenyataan Linda Onn yang dikatakan cuba memfitnah Fahrin didalam laporan dua akhbar, baru-baru ini.

Dalam muka hadapan akhbar Metro hari ini,gambar Fahrin kelihatan sedang menangis akibat dari kenyataan Linda yang mengatakan Fahrin seorang Kaki Pukul dan tidak pernah menghormati perempuan


“Ini bukan keputusan mudah dan saya ambil masa panjang untuk ambil tindakan undang-undang ini. Sebelum ini, saya hanya berdiam diri tetapi kini keadaan tidak terkawal, menyebabkan saya tertekan dari aspek psikologi dan mencalar maruah saya.

“Biarpun pada mula saya anggap perkara sebegini remeh, sebaliknya apa yang dilaporkan menerusi dua akhbar ini menjadi bukti kukuh untuk saya ambil tindakan undang-undang. Kedua-dua artikel ini mewujudkan keraguan yang menjurus persoalan saya berperangai macam itu"


Fahrin yang hadir bersama peguamnya Tengku Naufal & Co memberikan tempoh 7 hari kepada Linda untuk memohon maaf secara terbuka,penarikan balik kenyataan penyampai radio itu terhadap Fahrin yang dibuat sebelum ini, surat aku janji secara bertulis agar dia tidak mengulangi perbuatan itu dan surat tuntutan ganti rugi.

P/s : Buat Linda Onn,kalau betul la u ada buat fitnah dekat Fahrin cepat-cepat la minta maaf.Rasanya u pun sudah tau dosa memfitnah tu lebih besar dari membunuh!Setle cara elok lebih baik dari bermusuh



Newer Post Older Post Home

0 comments: