Diana Danielle Bercinta Dengan Farid Kamil?

By | 4:14 AM Leave a Comment


"peribadi saya bukan untuk dikongsi"

Itulah luahan Diana Danielle yang sebelum ini lebih terbuka berbicara hubungan rapatnya dengan Farid Kamil. Kemesraan itu lebih jelas ketara sewaktu keduanya menghadiri Konsert Alibi Cosmic di Wisma Bentley baru-baru ini.


"Saya tak mahu komen mengenainya. Memang dulu saya terbuka bercerita soal peribadi tapi sekarang sudah berubah," ujar Diana.

Mengakui pernah mendapat tawaran berlakon bersama Farid, namun Diana mengakui semua tawaran tersebut ditolak. Sampai begitu sekali Diana mengelak kisah peribadinya dicungkil media. Keterlaluannya mengelak setiap perkara yang berkaitan dengan aktor tersebut membuatkan semakin ramai pihak membuat spekulasi bahawa kedua-duanya mempunyai hubungan istimewa.



"Saya tak pernah mengiyakan atau menafikan sama ada terdapat hubungan istimewa antara kami. Saya memang tak mahu komen hal peribadi begini,"


Hebat betul Diana sehinggakan syarikat rakaman dari Amerika Syarikat menawarkannya kontrak rakaman album awal tahun ini.. Bukan tiada tawaran daripada syarikat rakaman tempatan namun Diana lebih senang menimbangkan tawaran yang diusahakan oleh ibunya.

"Tapi saya masih dalam menimbang tawaran tersebut sebab banyak aspek perlu dilihat, keputusan tak boleh dibuat dalam masa sehari. Dan saya perlu tahu keserasian antara kedua-dua belah pihak. Tapi tidak dinafikan ini adalah peluang yang besar dalam hidup saya,"


Lebih-lebih lagi single terbarunya Terburu yang akan dilancarkan Februari ini adalah daripada hasil usahanya sendiri.

"Lupakan apa yang telah dirancang dulu kerana ianya tidak akan menjadi kenyataan. Saya lebih senang usahakan sendiri kerana saya tahu saya mampu. Untuk album saya nanti akan berentak rancak dan ada sedikit sentuhan muzik jazz,"

Tidak lagi ditemani ibunya, namun Diana tetap ditemani ahli keluarga kerana ibunya mempunyai urusan penting yang memerlukannya selalu ke luar negara. Diana mengakui janggal apabila tidak lagi ditemani ibu tercinta, namun dikuatkan juga semangat untuk berjauhan.



Newer Post Older Post Home

0 comments: