Berita tergempar yang aku dapat tadi mengenai bekas pelajar program Mentor dan juga pelakon iaitu Yanie atau nama sebenarnya Siti Suriane Julkarim yang telah meninggal dunia malam semalam tepat jam 8.20 p.m di Hospital Keningau akibat ketumbuhan paru-paru. Sebelum ini, Yanie dikatakan menderita sakit selama 4 bulan.
Kepada korang yang masih samar-samar,arwah ni yang bergandingan dengan mentornya, Ning Baizura & Nikki dan menang tempat ke-3 Mentor musim pertama (kalau tak silap aku) serta pelakon dalam drama Fara yang disiarkan di TV3.
Terkejut juga aku dengar berita arwah dah meninggal walaupun tak berapa nak minat sangat dengan dia.
Info Mengenai Arwah
Nama Penuh : SITI SURIANE JULKARIM
Nama Panggilan : Yanie
Asal : Kota Kinabalu, Sabah
Tarikh Lahir : 14 November 1985
Tempat Lahir : Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu
Zodiak : Scorpio
Ketinggian : 5 kaki 3 inci
Berat Badan : 52 kilogram
Adik-beradik : 5 orang (Anak Sulung)
Cita-cita : Polis dan Penyanyi yang disegani
Pendidikan : SPM
Sekolah : SK Sembulan Kota Kinabalu dan SMK Sanzac Kota Kinabalu
Status : Berkahwin ( Suami Irfin Abdul Manan)
Pekerjaan : Penyanyi sambilan
Warna Pilihan : Hitam dan Putih
Muzik Pilihan : R&B, Funk dan Jazz
Hobi : Menyanyi dan Memasak
Pengalaman Seni :
• Mula menyanyi sejak berusia 5 tahun.
• Mula menyertai pertandingan pada usia 10 tahun dan kerap kali menjuarai mana-mana pertandingan yang disertai.
• Mewakili sekolah dalam pertandingan bakat harapan antara sekolah.
• Menyertai koir sekolah.
• Menjuarai pertandingan Bintang Karaoke RTM pada hari terbuka RTM 2004.
• Terlibat dengan persembahan-persembahan untuk Program RTM dan rancangan Radio Sabah seperti ‘Titian Mesra dan Penghibur Minggu Ini’.
• Sering kali terlibat dengan acara-acara besar di sekitar Sabah menjadi artis jemputan.
• Mengikuti program lembaga kebudayaan Negeri Sabah.
• Menjadi Artis jemputan bagi ‘dinner show’ di hotel-hotel sekitar Sabah.
P/s : AL-FATIHAH.Moga rohnya dicucuri rahmat.Amin!!!
0 comments: