Acik Spin Meninggal Dunia Kemalangan

By | 11:46 AM Leave a Comment
Berita terbaru yang aku dapat dalam paper Kosmo! sebentar tadi.Penyanyi popular yang mungkin sudah dikenali ramai iaitu Achik Spin atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md. Shari telah pun kembali ke Rahmatullah akibat kemalangan ngeri pada petang tadi.

Info tentang kejadian tersebut dalam akhbar Kosmo!

SEREMBAN – Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang ini.





Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.

Pada masa ini, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut.


Apa-apapun Al-Fatihah buat arwah.Hilang lagi orang seni di Malaysia selepas perginya Yanie Mentor dan Din Beramboi.huhuh



Sumber : Macam Macam Ada
Newer Post Older Post Home

0 comments: