"Dalam soal ini, si penyamar terbabit boleh dikatakan cerdik dan licik orangnya. Bagaimanapun, ingin saya jelaskan kepada peminat dan rakan artis serta penggiat seni semua bahawa Haliza Misbun tiada FB sendiri. Saya bukan orang yang suka melayan Internet," Luahan haliza Misbun kepada harian Metro.
Haiii..dalam zaman serba canggih sekarang ni,ada juga pihak yang sanggup menyamar sebagai artis untuk menipu peminat peminat mereka.
Laman web social sepeti Facebbook,Myspace,Friendster tumbuh bagaikan cendawan,tetapi ia tidak digunakan dengan sebaik baiknya tetapi digunakan untuk menipu dan mencalarkan imej seseorang.
itulah hakikat yang patut ditelan oleh Pelakon popular Malaysia, Haliza Misbun apabila ada pihak yang menggunakan identitinya untuk "melayan mesra" peminatnya di Facebook.
Haliza yang terpaksa menanggung malu dan ingin menjernihkan kembali imejnya dari dipandang serong oleh masyrakat membuat dua aduan polis di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur pada 11 September lalu dan Balai Polis Bukit Indah, Ampang, Selangor (12 September).
Dia juga turut membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SSKM) untuk mencari siapa individu yang terlibat dengan "penyamaran" terbabit.
0 comments: