Stephen Menemui Ajal

By | 8:28 AM Leave a Comment

"Masih sibuk, banyak benda yang perlu dilakukan termasuk memberi fokus untuk menyiapkan buku atau ia terhenti setakat di sini," kata2 terakhir Stephen kepada peminatnya di Twitter


Selepas kita dikejutkan dengan kematian raja pop dunia Michael Jackson,kali ini dunia hiburan dikejutkan sekali lagi dengan kematian penyanyi kumpulan Boyzone, Stephen ketika dia sedang tidur di sofa ruang tamu di kediaman percutian miliknya di Port d'Andratx di barat Kepulauan Balearic.

Berita kematian Stephen ternyata mengejutkan ramai peminatnya bahkan sukar diterima anggota Boyzone iaitu Ronan Keating, Keith Duffy, Mikey Graham and Shane Lynch.


Stephen menyertai Boyzone pada 1993 selepas menghadiri uji bakat yang disertai ribuan remaja.

Band Boyzone yang kini sudah berusia 16 tahun pernah mencipta fenomena luar biasa dengan penjualan album mencecah puluhan juta unit serta berjaya menawan peminat seluruh dunia. Anggota kumpulan itu mengambil keputusan untuk bergerak secara solo pada 2000.

Stephen sempat menghasilkan dua album yang kedua-duanya menampilkan judul sama, New Beginning sebelum kembali bersama Boyzone, tahun lalu.

Penyatuan kumpulan ini selepas lapan tahun mengubat rindu peminat dengan kemunculan album kompilasi lagu terbaik, Back Again... No Matter What.

Newer Post Older Post Home

0 comments: