Lisa Surihani Tak Boleh Sebut Huruf R?

By | 8:47 AM 1 comment

Cantik atau tampan mana sekali pun seseorang tu,pasti ada yang tidak "lengkap" dengan dirinya.Tidak ada ada seoarang pun yang betul2 sempurna dalam dunia sejak zaman Nabi Adam lagi.

Inilah yang perlu diakui sendiri pelakon yang semakin "digilai" ramai pengarah2 untuk mengambilnya berlakon,Lisa Suriani apabila dia sendiri mengakui mengalami kesukaran untuk menyebut huruf 'r' dengan betul.

Lisa yang menang dalam anugerah Pelakon Harapan Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) ke-21 menerusi filem I'm Not Single mengakui pelat huruf 'r' memang sudah sebati dalam dirinya sejak kecil lagi.

"Saya tak terasa hati langsung dengan soalan itu. Ini pertama kali orang tanya. Saya juga tak terfikir pula untuk melakukan rawatan untuk mengubat pelat huruf 'r' ini.

"Saya tanamkan dalam diri yang pelat huruf 'r' ini bukannya perkara negatif mungkin ada boleh dijadikan sebagai identiti saya kerana ada juga pelakon yang mempunyai pelat 's'.

"Memang saya pernah maklumkan kepada pengarah tentang hal ini tetapi kebanyakan daripada mereka tidak mempunyai masalah dengan sebutan saya dan belum pernah lagi saya mendapat komen negatif tentang itu," Ujar Lisa yang dipetik dalam akhbar Kosmo


P/s : Minat dengan lakonan Lisa dan Farid Kamil dalam filem I'm Not Single.Tak jemu tengok banyak2 kali :)
Newer Post Older Post Home

1 comment: