Dafi Berenti Belajar Sebab Nyanyian

By | 8:52 AM Leave a Comment

CYBERJAYA - "Buat masa ini, saya hendak menyanyi dahulu dan tidak bercadang untuk meneruskan pengajian dalam masa terdekat."


Demikian pengakuan bekas pelajar Akademi Fantasia (AF) Dafi, 21, atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail Sabri apabila menjadi antara 567 graduan Universiti Limkokwing yang berjaya menamatkan pengajian masing-masing pada majlis konvokesyen 2009 di sini semalam.


Dafi berjaya menamatkan pengajian dalam jurusan Diploma Profesional Bunyi dan Rekaan Muzik di universiti berkenaan membuat keputusan untuk fokus pada karier bagi mempromosi single terbarunya, Sebelum Kita Berpisah yang dirakamkan baru-baru ini.

Dafi yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya pada 12 Disember lalu berkata, bidang yang dipilih adalah bertepatan dengan minatnya yang mendalam dalam bidang muzik.

p/s : apesal kejap sangat Dafi ni habis study ha?bukan 3 tahun ke diploma dia tu?mungkin kabel!hohoho

Newer Post Older Post Home

0 comments: