Selepas kita semua dikejutkan dengan perkahwinan 'rahsia' juara AF4 Faizal dengan kekasihnya,hari ini kita dikejutkan pula gosip kononya Fasha Sandha dah melangsungkan perkahwinan dengan bekas suami Nora Danish, Rizal Ashram di sebuah hotel enam bintang sekitar Kuala Lumpur.
Angin bertiup kencang mengatakan dalam majlis perkahwinan tu,semua orang termasuk wartawan tidak dibenarkan membawa kamera takut2 tersebar gambar perkahwinan mereka dekat umum.
Sejauh mana kebenaran cerita panas ni?
"Mana ada saya kahwin senyap-senyap. Cerita ini tidak benar dan sampai saat ini saya masih bujang dan belum mendirikan rumah tangga. Jika ada yang menuduh dan fitnah saya, minta sila tampilkan bukti. Jangan setakat buat spekulasi tanpa bukti yang sah.
"Seperti yang pernah saya maklumkan sebelum ini, saya tidak akan merahsiakan perkahwinan saya bila saatnya tiba",
P/s: tu ha pengakuan Fasha kepada Metro.Kiranya gosip belaka la cerita cik fasha ni kahwin yer.hohoho
0 comments: